Perkhidmatan

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan MARSAH

HARI

MASA

AHAD – RABU

8:00 PAGI – 5:00 PETANG

KHAMIS

8.00 PAGI – 3.30 PETANG

JUMAAT& SABTU

TUTUP

CUTI UMUM

TUTUP

Perpustakaan MARSAH dibuka sepanjang semester bagi setiap pelajar termasuklah pada minggu peperiksaan. Ini membolehkan pelajar untuk mengulangkaji di Perpustakaan. Pada cuti semester pula, perpustakaan MARSAH tetap dibuka untuk kegunaan kakitangan akademik mahupun pelajar-pelajar MARSAH. Disini terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan MARSAH. Berikut adalah antara perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Marsah dan boleh dugunakan oleh semua pengguna Perpustakaan yang telah berdaftar.

Jenis Perkhidmatan

  • Rujukan
  • Sirkulasi
  • Akhbar
  • Jurnal dan majalah
  • Percetakan/Fotokopi
  • Khidmat Penjilidan
  • Khidmat Printer
  • Perkhidmatan internet tanpa wayar
  • Perkhidmatan Komputer

Dibuka kepada umum.

  1. Buku-buku bertanda merah
    • Pelajar – Pinjaman 3 hari
    • Kakitangan – Pinjaman 3 hari
  1. Buku-buku rujukan
    • Pelajar – Pinjaman 14 hari
    • Kakitangan – Pinjaman 30 hari

Bacaan di Perpustakaan sahaja

Pinjaman hanya kepada kakitangan sahaja

Pengguna boleh membuat salinan pendua bagi bahan-bahan yang tidak dibenarkan pinjaman.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan tersebut terutama ketika menyediakan kertas kerja bagi keperluan kursus.

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini bagi tujuan menyiapkan tugasan atau assignment. Terdapat perkhidmatan printer tidak berwarna dan juga berwarna.

Perkhidmatan Internet tanpa wayar (‘wireless’) di dalam bangunan perpustakaan secara percuma.

Perkhidmatan Komputer bagi Percetakan Kertas kerja/tesis dibuka kepada umum.

Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan pinjaman hanya boleh dibuat oleh pengguna yang berdaftar sahaja. Pinjaman boleh dibuat setelah butiran pengguna (no ahli,no buku, dan tarikh pulang) dicatat oleh pembantu perpustakaan.Pengguna boleh memulangkan semula bahan pinjaman ke perpustakaan sebelum atau pada trikh tamat tempoh pinjaman. Peminjam adalah bertanggungjawab terhadap kesemua bahan yang dipinjam di atas namanya. Sebarang kerosakan atau kehilangan mestilah dilaporkan seberapa segera kepada pihak perpustakaan. Tempoh 14 hari akan diberikan untuk peminjam mencari dan menggantikan bahan berkenaan. Setiap bahan pinjaman yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan mestilah dipinjam secara sah dan peminjaman serta pemulangan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan perpustakaan pada waktu perkhidmatan.